Mutiara Kata

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”

Sunday 27 March 2011

TKM COMBAT

x lama lagi duit korang dapat n jangan lupa bg kat aku
sbb kita nak berperang
segalanya akan diuruskan oleh BOB MISAI
aku cadang nak ajak
JMC CLUB sebab aku nak bawa pak long untuk korang
head shoottttttttttttttttttt
amacam  idea yang paling best tok korang

Salam untuk technical JEPUN

cadangan terbaru untuk korang merapatkan ukhwah yang telah sekian lama berperang
kita wat majlis MERAPAT UKHWAH..........................
TKM A & TKM B 
aku yang akan uruskan segalanya 
korang  boleh beri sumbangan wang
sebab duit aku x ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
harap korang semua sukeeeeekanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
daripada berperang      lebih baik berdamai
korang perang x akan dapat title mati syahid 
wakakakakakakaka
 t papehal leh kol aku
jangan lupa TKM COMBAT aku yang akan uruskan
time 2 kite berperang la yerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Sunday 20 March 2011

RAHSIA BANTAL

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan...

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Keluh Resah

Esok ada test
banykk test tp study belum lagi
hem malasnya
bab kira mengira nie memang malas nak
fikir bosannya
hem
lau berserah x elok
tapi lau malas menguasai diri nak wat macam mane
hemmmmmmmmmmmmmmmmmmm>>>>>>>>>>>>entahlah<<<<<<<<<<<<<<<

Saturday 19 March 2011

SEMOGA MENJADI RENUNGAN BERSAMA

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur.
Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama
yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah
sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan
makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul
dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,
sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu
saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,"
kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak
beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar
masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa
kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun
orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar
bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang
sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat
saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas
senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.


"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk
adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil
tersenyum.Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun
pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian
dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah
RM10. Saya hulurkan padanya.


"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya
berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu
menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan
kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.


Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil
kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang
bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.


"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah
berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak
itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata
mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya
begitu lancar.


Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul
itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah
saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam
plastik, sayah ulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.


Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan
ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak
yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa
kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.


Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan
saya, siapa kita sebenarnya! "

BELAJAR MENYINTAI DIRI SENDIRI

Pernahkah kamu merasakan rasa tidak puas hati dan sering merungut-rungut pada diri sendiri? Mungkin kamu pernah, tetapi tidak perasan akan sikap buruk itu.

Untuk mengetahui jawapannya dengan tepat, perhatikan sahaja gelagat kamu bila setiap kali berada di hadapan cermin. Apakah reaksi kamu? Tentu ada sahaja perkara yang kamu rasakan tidak kena tentang diri kamu. Sekiranya, kamu bersikap begitu, bermakna kamu tidak menyintai diri sendiri. Kamu harus mengubah sikap buruk itu. Di sini ada boberapa cara yang boleh membantu kamu bagaimana untuk menyintai diri. Cubalah cara-cara yang diberikan dan lihatlah perubahannya nanti.

  1. Sokonglah diri sendiri

Cari jalan untuk menyokong diri sendiri. Kamu tidak akan berjaya tanpa sokongan. Dapatkan kawan-kawan dan benarkan mereka membantu. Mereka sangat berguna di saat-saat kamu memerlukan.

  1. Pujilah diri kamu

Kritikan meruntuhkan kekuatan rohani. Sebaliknya pujian membangunkannya semula.Pujilah diri sebanyak mana yang kamu mahu. Katakan pada diri, kamu telah lakukan yang terbaik, walaupun perkara itu kecil sahaja. Setiap kali kamu memuji diri sendiri tentu kamu akan terasa bangga. Ini kerana kamu mulai sedar bahawa kamu juga mempunyai kelebihan.


  1. Jangan menakutkan diri sendiri


Berhentilah daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan. Ia menjadikan hidup kamu tidak gembira.Carilah satu imej yang menyenangkaan diri kamu dan serta merta tukar fikiran kamu yang selalu ketakutan itu kepada perkara yang menggembirakan.

  1. Bersikap baik terhadap minda kamu

Membenci diri sendiri hanya akan merosakkan pemikiran kamu. Jangan membenci diri sendiri kerana mempunyai tanggapan begitu. Ubahlah cara berfikir kamu secara beransur-ansur.

  1. Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar

Berlemah lembutlah terhadap diri sendiri. Bersikap pemurah pada diri sendiri. Banyakkan bersabar di saat kamu mempelajari cara baru berfikir. Layani diri kamu sebaik mungkin sebagaimana kamu mahu orang lain melayani kamu sedemikian rupa.

  1. Usah membenci musuh-musuh kamu

Pujian yang kamu berikan kepada mereka boleh membantu apabila diperlukan nanti.Sekarang kamu perlu mencari jalan baru dan positif untuk memenuhi segala keperluan itu. Oleh itu bebaskan semua contoh-contoh negatif yang tidak berguna lagi.

  1. Ambil berat tentang kesihatan

Pelajarilah tentang pemakanan. Apa jenis bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh untuk mendapat tenaga dan daya hidup secara optimum? Pelajarilah mengenai senaman. Apa jenis senaman yang kamu rasa seronok untuk melakukannya? Pelihara dan sayangi tempat tinggal kamu.

  1. Cermin diri

Pandanglah ke dalam mata kamu.Luahkan seluruh rasa cinta yang kamu miliki pada diri sendiri. Berdiri di hadapan cermin dan bercakap pada diri sendiri. Begitu juga dengan ibu bapa kamu. Sekurang-kurangnya sekali sehari ucapkan. "Saya sayangkan kamu. Saya benar-benar menyayangimu."

  1. Hentikan segala kritikan

Kritikan tidak akan mengubah sesuatu perkara.Hindari mengkritik diri sendiri. Terima diri kamu sebagai diri kamu sendiri. Setiap orang berubah. Apabila kamu mengkritik diri sendiri, perubahan yang kamu lakukan bersifat negatif. Apabila kamu meningkatkan diri sendiri, perubahan yang berlaku adalah positif. Jadi, mulai hari ini hentikan segala kritikan pada diri kamu.

Wasiat imam syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

  • HAK KEPADA DIRI
    Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

  • HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
    Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

  • HAK KEPADA KUBUR
    Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

  • HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
    Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

  • HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
    Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

  • HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
    Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

  • HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
    Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

  • HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
    Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

  • HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

  • HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
    Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Assalamualaikum ??Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah akhirnya saya mempunyai blog sendiri.